tak kesampaian rupa2nya!

16-19 Mei ni ofis trip ke Macau/Hong Kong. seronoknye membaca list tempat2 yang nak dikunjungi. kian teruja dan kian bersemangat le hasrat nak bercuti & bersantai. bahangnya terasa bila every time violet lalu kat tepi2 meja staff2 violet, mesti ada je mention "Macau" & "Hong Kong". memang beruntung diorang ni. apa taknya kalu semuanye percuma. bawak badan je beb. best nyeeee ….

of course tempat yg paling violet impikan nak pegi dah tentunya Hong Kong Disneyland. Lagi satu tu Aberdeen Harbour yang violet dengar famous ngan org2 yg tinggal dlm bot dan restoran2 terapungnya yang menawarkan pelbagai makanan laut. fuhh … impian yang hampir2 jadi kenyataan!!!

ikut plan asal trip ni patutnya dari 12-15 April. tapi pasal ada masalah teknikal, plan ni have to tunda ke 16-19 Mei. dengan tertundanya trip itu secara otomatik nama violet tergugur dari senarai penumpang AirAsia ke Macau. amat mendukacitakan impian violet menyertai keseronokan percutian ke Macau/Hong Kong terkubur begitu saja.

kenapa lak violet tergugur dari percutian itu? pasal kondisi violet pada 16 Mei tu tertakluk secara muktamad dalam kategori terakhir klausa 7.4 terma dan syarat penerbangan AirAsia yang memperuntukkan antara lainnya:

"Penumpang Hamil:
… Pengangkutan bagi penumpang hamil adalah tertakluk kepada keadaan berikut:


Kehamilan 35 minggu ke atas: kami akan menolak permintaan untuk membawa penumpang tersebut."


sedih memang la sedih tapi tak de la sampai tak lalu makan, tak tido malam … next trip kan akan ada lagi, insyallah (pujuk diri sendiri!).

kepada semua 42 orang partners & team members violet yang akan ke Macau/Hong Kong: Selamat Bergumbira ya. semoga akan pergi dan kembali semula dengan selamat. sambil2 bergumbira tu kenang2 lah kat violet dan 8 lagi team members yang tak dapat join korang and (dah le tak dpt join pastu) kena jaga ofis lak 16hb tu!!! …. Kasiaaaannn…

Comments

Popular Posts