sakitnya nak belajar melalui pengalaman

Violet graduated dari salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang ada menawarkan kursus ijazah undang-undang dalam bidang syariah. Violet dah lama dapat ijazah undang-undang dalam bidang syariah tu tapi tak mulakan praktis sebagai peguam syarie hinggalah 3 tahun lepas.

Client Violet yang pertama ialah a petite divorcee with one cute little daughter. Masa dia jumpa Violet, talak satu yang dilafazkan oleh suami dia baru disabitkan oleh Mahkamah pada paginya tu.

Dia datang dalam keadaan lesu, dengan anaknya yang aktif lari sana lari sini ditemani emaknya yang nampak macam dalam kesedihan. Botol susu anak dia dipusing-pusingkan atas meja bulat tempat kami berjumpa tengahari tu. Violet tengok dia macam tak tau nak mulakan perbualan. Violet tanya dia perlahan-lahan "ada apa yang boleh saya bantu puan?". Dia angkat kepala perlahan-lahan....

(bersambung.....)

Comments

Popular Posts