VIOLET AND HER NEW VENTURE...


Violet baru buka law firm sendiri. Yup, as a sole-prop. Dugaannya... huhuhu hanya Allah dan Violet yang tahu. Actually tak susah mana pun nak bukak firm ni. Kena ada semangat kental, keinginan untuk terus memajukan diri dan paling utama keimanan dan keyakinan yang kukuh pada Allah dan RasulNya bahawa rezeki di tanganNya. Berbekalkan keyakinan bahawa rezeki di tangan Allah tu lah yang paling menguatkan semangat Violet (yang sangat2 penakut pada awalnya untuk membuka langkah) untuk berdikari...


layout ruang office
layout sisi lain ruang office
ruang office yang hampir siap dicat 

Yang tu gambar2 transisi dari beberapa sudut from peringkat awal till peringkat akhir renovation office Violet hari tu... (puas hati dapat kaler pink untuk office sendiri!). Sekarang semua tu dah jadi sebahagian memori indah dalam kehidupan Violet... Violet tak nak sedih2 lagi. Sekarang Violet cuma nak fikir masa depan, tak mau toleh2 belakang lagi dah (kecuali bila ada benda2 yg boleh dijadikan pedoman tu terpaksa lah toleh belakang jugak sekali sekala kannnn... hihihi).

Paling penting I am really proud of who I am now... You guys yang dah melukakan hati Violet sampai mendorong Violet mencapai apa yang Violet punyai hari ini ... thanks to you ya! (walaupun luka di hati ni tak mungkin akan sembuh sebab setiap kali terkenang apa yang you guys dah buat kat Violet, Violet mesti rasa nak cekik2 you guys sampai tersedak2 terbeliak mata cari oksigen!!! Grrrrr.... ) Taaaaa sampai jumpa lagi di next posting Violet yang tak seberapanya tu...

Comments

Popular Posts