kerana Aku Cinta Kau Dan Dia ...

violet dial no. hp SESEORG ari tu. tapi bila violet dengar suara dia, violet terus letak gagang. apsal? ntahlah ... pastu violet dial lagi no. yg sama. kali ni SESEORG diam. violet tanya dia tu SESEORG ke? iya tapi sapa ni, dia tanya balik. violet kata violet isteri DIA. SESEORG terus terkedu. lama jugak dia terdiam.

tanpa mukaddimah ke apa (violet bukan nak sembang kosong) violet terus tanya betul ke SESEORG nak nikah minggu depan (weekend ni). SESEORG mengiyakan. Katanya lagi DIA dah beritahu SESEORG yang DIA tak dapat datang majlis tu nanti … aduhai, i guess terjawablah sudah segala2nya (violet tak tergamak nak tulis apa violet maksudkan ngan "terjawablah" tu)!! perasaan violet bercampur baur. apsal? ntahlah ... mungkin finding out the reason why your other half is acting weird & trying like hell to hide something from u (especially thing like this) boleh buat u jadi cam violet ni ...

as usual violet sendirian. tak tau nak cari sapa untuk kongsi sesak di jiwa. no choice ... violet paksa diri drive for few hours untuk pergi jumpa DIA. the whole journey violet melayan perasaan kecewa, sedih & confused. persoalan yang bermain di kepala - WHY? WHY? WHY?

pertemuan violet dengan DIA berlansung dalam keadaan yang jauh berbeza dari biasa. seboleh mungkin violet cuba pastikan kewarasan sentiasa berada di tempat sepatutnya. finally perbincangan hati ke hati hingga 4.30 pagi tu merungkai banyak benda yang terpendam. memang pengakuan2 DIA tulah yang violet nak dengar sendiri. walaupun sedikit terluka violet dapat terima dan fahaminya. bagi violet, violet cuma perlukan keikhlasan. itu saja...

Kepada SESEORG pula violet ucapkan Selamat Pengantin Baru pada 27 April ini. violet tahu kamu telah bersedia menghadapi kehidupan baru ini. kuatkan semangat kamu. insya Allah, dengan keikhlasan di hati, kamu pasti dapat jalani hidup bahagia dengan tunangan/suami kamu sehingga ke akhir hayat. ketepikan segala2 yang cuba mengganggu gugat kekuatan kamu itu. kamu pasti boleh laluinya...

Comments

Popular Posts