PLKN oh PLKN … kisah lanjutan …

pagi 19 Januari tu aku gagahkan jugak untuk bangun awal. ikut aturcara majlis, aku dijangka tiba di kem tu kul 0900. aku ingat nak gi sorang2 je. mana tau last minute abah aku ngan mak aku beriya2 nak ikut sama!! takkan aku nak kata tak boleh, ye tak? nak tak nak aku anggukkan aje.

perjalanan awal pagi tu memang best. kem ni kat kaki gunung so pemandangan di sepanjang 5km terakhir sebelum sampai ke kem tu memang mengasyikkan. takyah pasang aircond. cukup sejuk dan tenang. kenderaan pun tak banyak. betul2 mengingatkan aku semasa mendaki ke puncak Cameron Highlands.

aku sampai tepat jam 0846. dari luar kem aku dah nampak para wira dan wirawati dah tegak berbaris megah kat tengah2 padang. para pelawat pun dah makin ramai kat khemah2 yang disediakan. kedatangan aku (jgn lupa … mak abah aku pun) disambut dengan penuh mesra oleh Komandan kem, Timb. Komandan Latihan, Timb. Komandan Pengurusan dan barisan ketua2 jurulatih. punyalah hormat dan takzimnya diorang mengiring aku ke bilik vip sampai aku perasan macam YB lak aku ni!

kat bilik vip aku diberi taklimat ringkas perjalanan acara pagi tu - the do’s and don’t’s. 5 minit sebelum acara bermula, aku diiring ke pentas vip. sambil aku diperkenalkan pada barisan jurulatih dan staf di kem tu. semua bagi tabik hormat kat aku. nasib baik Komandan dah pesan awal2 kat aku yg aku tak perlu balas tabik tu. memadai dengan angguk kepala je.

sampai kat pentas ketua perbarisan wira dan wirawati terus marched ke depan pentas & mintak izin aku untuk mulakan acara. alamak, aku tak tau nak kena jawab ke tak ni. bab ni Komandan tak brief aku pun tadi. aku pun belasah je cakap "ya, silakan!".

ada acara serah bendera kepada Komandan pastu nyanyian lagu Negaraku & lagu rasmi PLKN. then tiba ke acara pemeriksaan barisan. sekali lagi ketua perbarisan marched ke depan pentas untuk jemput Komandan mengiringi aku bagi acara tu. aku selalu nampak kat tv macamana YDPA buat pemeriksaan tu. tak sangka aku pun akan dapat pengalaman yang sama. aku tergelak bagai nak rak dalam ati.

sepanjang pemeriksaan tu aku cuba sedaya upaya untuk renung ke setiap wajah wira dan wirawati seramai lebihkurang 399 orang tu. aku tau mesti diorang penat berlatih setiap pagi dan tentunya diorang sedang tunjukkan the best in them pagi ni. airmuka diorang ada yang tense, ada yang nampak letih. aku cuba tersenyum kat mana2 yang pandang aku. at the same time I tried my best not to walk too fast or too slow. habis pemeriksaan, balik semula ke pentas vip.

then tibalah ke acara ucapan. aku dah rehearsed 2-3 kali kat umah baca teks setebal 5 mukasurat tu. setiap kali tu lah bila sampai 1 ½ page je aku mesti mengah. aku dah nekad untuk gamble je. aku dah plan, kalau semput kang aku berenti je le. tapi syukur aku dapat abiskan ucapan aku tanpa apa-apa masalah. semangat YB kot ... hehehe perasan lak aku ni.

dengan berakhirnya ucapan aku tu maka tamatlah majlis tu then aku diiring ke bilik jamuan vip. aku dijamu dengan mi rebus spesel dan beberapa jenis kuih. mak abah aku pun dijemput sekali. aku dah berangan nak blah lepas tu pasal aku lum abis prepare speech untuk ofis dinner malam nanti.

mana tau, alih2 Komandan jemput aku untuk saksikan persembahan2 wira & wirawati kat dewan. membayangkan betapa penatnya adik2 wira & wirawati tu dah berlatih setiap hari untuk persembahan tu dan tentunya diorang tengah tak sabar2 nak tunjukkan persembahan diorang pagi ni, aku pun jawab "ok".

memang tak rugi aku stay. persembahan2 diorang memang lively. kagum aku bila Komandan beritahu yang diorang guna kreativiti sendiri untuk buat persembahan tu. menariknya dalam tarian kebudayaan Melayu, Cina, India dan Punjabi yang dipersembahkan, gerenti pelbagai bangsa menjayakannya. well done!!
pengalaman ni memang amat berharga dalam hidup aku. takkan aku lupa buat selamanya.

Comments

Popular Posts