sambungan ... Marilah mari ... pergi mengundi ...

jawatan yang aku dapat tu bila dipegang oleh budak ingusan macam aku dah tentu le menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan orang tertentu. tapi orang kita ni bagus. dendam kesumat tak tunjuk depan-depan. simpan jadi pekasam hingga tiba masa yang sesuai!

ramailah pastu kata ko dah betul kam cheng ngan YB-YB apasal tak guna peluang tu? himpit le YB-YB tu. mintak projek, mintak tanah, mintak lot umah. aku selalu jawab aku tak layak. ada orang lebih berhak. aku takut terambil hak orang. orang selalunya akan geleng kepala pastu senyum sinis ngan jawapan aku. salah ke aku cakap?

got this one particular day, YB Ketua Bahagian jumpa aku di ofis. mintak bantu parti induk selesaikan satu kes besar. kes yang sering mengundang debat hangat setiap kali mesyuarat agung dijalankan. kagum dengan kesungguhan YB KB ambil inisiatif nak settlekan kes yang bukan dia mulakan, dengan besar hati aku kata aku sedia bantu parti. syukur, kes tu akhirnya dapat diselesaikan.

pada aku apalah sangat sumbangan aku tu. dah memang part and parcel keje aku pun. tapi tak rupanya pada YB KB. sejak tu di mana-mana je perjumpaan dalam cawangan atau Bahagian, YB KB pasti sebut nama aku dan the so-called "jasa" tu. sekali dua ok lah. tapi kalau dah selalu sangat risau gak aku. bimbang AJK lain terasa ati. aku yakin tu bukan keje aku sorang je. mesti atas usaha YB KB sendiri dan AJK lain gak. mak abah aku lak takyah sebut lah camne. manjang je senyum sampai ke telinga!!

(to make it worse) tahun tu atas recommendation YB KB, aku dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji sempena hari ulangtahun pembesar di sini. aku mula disebut-sebut anak emas YB KB. aku tak sedar masa tu orang dah mula edarkan pekasam dendam kesumat secebis demi secebis kat dalam parti.

(to make it even worse) crisis paid a surprise visit to my marriage followed by a very painful divorce. masa tu lah pekasam dendam kesumat keluar semuanya. si tukang karut bermaharajalela sebarkan fitnah perkahwinan aku berantakan pasal YB KB nak ambil aku jadi bini muda. fitnah lain pun follow suit. kononnya YB KB dah lama simpan aku. belikan aku macam2 harta. aku sabar lagi and just brushed it aside. ok lagik … still boleh handle.

finally this one FITNAH berjaya buat aku terkedu. hinanya anak bangsa yang seagama sanggup menyebar FITNAH sebegitu terhadap saudara seIslamnya. kalau korang nak tau fitnah apa,cuba baca entri lepas tentang FITNAH. aku hampir-hampir putus asa pada hidup. paling menekan perasaan bila masa tu bekas suami dan keluarganya percaya bulat-bulat cerita bodoh dan tak masuk hakal tu dan gunakannya lak untuk meracuni fikiran anak-anak. tapi syukurlah, anak-anak yang tak pernah berenggang dari aku sejak sebelum sampai selepas cerai, lebih kenal aku siapa dan tau citer sebenar.

walaupun kecewa, aku masih lagi dalam politik. tak nak nyerah kalah. aku nekad abiskan term. (walaupun dah agak terlambat) kebaikannya aku akhirnya kenal jugak mana kawan mana lawan. PEMBETULAN … tak ada kawan sebenarnya. yang ada cuma orang-orang yang mengejar kepentingan diri dengan hati yang penuh dengan PHD.

dari pengalaman seciput tu aku belajar kalau setakat sorang diri memang tak berbaloi nak berpolitik secara jujur dan bersih ikut peraturan!!

well, by now most states dah declare their nominees. Selamat Mengundi 8 Mac nih. Undilah Secara Bijak. Pangkah (X) bukan Check(/) tau? lagi satu pesan aku, tak yah lah buang masa tulis komen kutuk parti tu parti ni atas ballot paper tu. ngabihkan boreh buang masa korang beratur panjang2 nak ngundi. takdo dibaco eh petugas2 tu...


Comments

Acaii Jawe said…
slm kak,
subhanallah mmg berat cubaan yg datang kak akkkan,huhu..smoga akk tabah hadapi semuanya ye..:)

kekadang mmg pelikla manusia ni..sangat dengki melihat org lain senang, mulala nak mengata...asalkan akk berada di pihak yang benar tak perlulah akk rase susah hati..

kalau mereka benar2 ikhlas nak tahu perkara sebenar, mesti mereka dah mintak penjelasan sebenar dari akk..ni mmg mereka saja nak buat cerita tak baik ttg akk..

apapun sy doakan akk dan anak2 tabah hadapi semua ni ye..:) Allah tu maha mengetahui..smoga satu hari nnti kebenaran akan muncul juga..amin..
violet-purple said…
acai,
gitu le gamaknye segelintir org kite. tak senang nengok org senang. insyaAllah hanya masa akan menentukan kebenaran. waaa...kamu bisnes buloh lak eh...agaknya berebut orang parti cari kamu, ye? hehehe...

Popular Posts