"Biar mati anak jangan mati adat"

Tengah fikir...dah patut ke kibar bendera putih? Banyak nye cubaan, hebatnya halangan...semuanya di saat2 bila aku rasa semuanya dah ok tapi sebenarnya tak ok2 jugak lagi...Aduhai apa lagi nak nye kali ni. Sesaknya dada, kusutnya otak. Macam2 hal seminggu dua ni.
Pagi tadi aku bangun tersenyum2. Ati aku menyanyi2 sambil kepala ni mengulangi satu persatu apa akan berlaku minggu ni. Serasa impian dan harapan semakin hampir ke garisan akhir destinasi yang nak dituju...
Tapi apa yang berlaku pagi tadi buat aku jadi lemah, kecewa dan kecewa dan terus kecewa lagi...tak abis2 dgn hal yang menambah kusut keadaan. Rasa nak menjerit kat semua ... Tak abis2 dengan syarat tu syarat ni. Semuanya demi "biar mati anak jangan mati adat".
Aku tak tau aku kecewa yang teramat2 sangat pada sapa sekarang ni. Mungkin pada diri aku sendiri...mungkin gak pada org2 tu yg berpegang kuat pada adat...dan mungkin gak pada dia yang dah tak mau pertahankan dan perjuangkan apa2 lagi. Aku pun tak salahkan dia. Mungkin Tuhan ada plan lebih baik untuk dia kat luar sana.
Tapi tak pe lah. Aku boleh bawak diri aku. Aku tau di mana aku harus letak diri aku. Dah banyak kerugian kehilangan kerosakan dan segala macam "ke" lagi yang menimpa kat orang sekeliling aku dan dia dalam setahun ni. Orang lain pun dah letakkan aku di tempat "itu" sebagai harga yang perlu aku bayar atas segala macam "ke" yang aku dah buat...Aku dah tak kuasa nak fikir hati sapa aku nak jaga sekarang. Tak abis2 seumur hidup aku asyik nak fikir perasaan orang lain sebelum aku boleh buat keputusan...

Comments

Anonymous said…
orang melayu memang begitu ...
kebodohannya teramat nyata ...
kata mereka, itu pepatah lama ...
tapi apa gunakan pepatah yang sudah lapuk dek zaman ...
sudah tidak relevan dengan peredaran zaman.

melayu oh melayu...
kenapa melayu itu sifatnya dungu?
kenapa melayu itu bangsanya layu?
kenapa melayu ... kenapa?
Anonymous said…
salam perkenalan.

saya menyinggah dari blog ruang-waktu. Rasanya kakak ini lebih berusia dari saya, jadi tidak manis sekiranya saya memberi pendapat. Tetapi pada pandangan saya, hidup kakak itu seharusnya kakak yang tentukan. kakak yang seharusnya fikirkan mana yang terbaik. Kakak cukup matang untuk membuat keputusan. Pekerjaan kakak pun cukup hebat. Oleh itu kakak boleh buat keputusan yang seadil-adilnya untuk diri kakak sendiri. Jangan fikirkan tentang kehendak dan fikiran orang lain.
Maafkan saya, kalau apa yang saya tulis mungkin menyinggung perasaan kakak.
Anonymous said…
nur_siti,
orang lain memang boleh memberikan pandangan. Yg sakitnya bila mereka mahu kita bertindak mengikut pandangan mereka...mahu kita mengenepikan apa yang kita mahu. Tapi bila pandangan mereka adalah apa yang mereka mahu tapi bukan apa yang kita perlukan - dah tentu kita patut tahu apa keputusan yang perlu kita ambil, kan? Thanks, dik.

Popular Posts