Cinta di langit ke-7....

Aduhai...tuhan saja yang tahu bagaimana indahnya dilanda cinta semula. Hmmm...memang betul kata org tua2 ... mandi tak basah, tidur tak nyenyak, makan tak kenyang...itu yang aku rasa sekarang...lebih bererti lagi bila cinta ini adalah percintaan dengan insan yang pernah jadi insan yang paling aku cintai...sedih memikirkan perjalanan cinta kami terhenti seketika di luar kemahuan kami...

Terhenti di luar kemahuan memang amat2 memeritkan dan kalau tuhan beri aku peluang untuk memohon sesuatu di saat ini mahu saja aku berdoa agar ingatanku dilupakan pada apa yang dah berlaku...terlalu pedih dan menyakitkan untuk diingat semula...aku pasti menitiskan airmata bila mengenangnya semula...lebih melukakan bila memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung dan diharungi oleh insan yang paling kusayang itu...aku ingin luahkan segalanya di sini...bila dan bagaimana ia berlaku...mungkin di kesempatan lain...sms darinya telah bertali arus memasuki telefon bimbitku dan perlu ku jawab segera...aduh kemaruknya cinta ini...doaku semoga cinta ini dengannya takkan ada hentinya....Amin!

Comments

aMieLdA said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
salam perkenalan...

buang yg keruh, ambil yg jernih.
aMieLdA said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Hi!Anonymous,

Salam perkenalan juga. Terima kasih singgah di blog saya.

Popular Posts