mungkinkah ini yang aku tercari2...?

masyaAllah! damainya suasana subuh pagi tadi. paling mendamaikan rasanya. sebaik terjaga dari tidur, berkali-kali aku ucapkan kesyukuran pada Allah. puas aku fikir nape agaknya pagi ni aku rasa lain macam. rasa nak senyum je. padahal seingat aku, takde mimpi apa pun malam tadi. perlahan-lahan aku sedar yang sesungguhnya dan sebenarnya dah terlalu lama jiwa aku tak merasa sebegitu tenang. for the first time (after one painful year) I feel so complete.

sungguh! apa yang dah terjadi dalam hidup aku setahun kebelakangan ni banyak membawa perubahan besar dalam hidup aku hari ini. majoriti yang mengenali aku sebelum ni pasti melabel aku sebagai demure & genteel – thanks to parents aku yang mendidik aku sebegitu sejak aku kecik. tapi selepas apa yang dah berlaku, bila aku fikir-fikir balik, aku sedar sikap-sikap itu sepatutnya aku manipulate to aku punya advantages and not others. tapi bukan tu topik utama yang aku nak kongsi kat sini.

semalam, seperti setiap weekend terdahulu, aku dengan dia spend the whole day together. ke sana ke sini berdua-duaan, main bowling dengan percaturan sape kalah kena belanja makan … hehehe aku kalah, so aku kena le belanja (nasib baik takde TGI kat sini!) pastu tonton wayang, singgah makan kat tempat-tempat favourite kitorang … so many things we wanted to do semalam as if to cover those time that we’ve wasted unintentionally for the past one year, tapi tak cukup masa ... teruja sungguh!

pagi ni melihat dia menyarung pakaian kerja, hati aku dah start dicerut rindu. already missing him sooo much. rasa nak ikut sekali. tapi kena lah sabar sampai Jumaat ni sebelum boleh jumpa semula. ... weekend husband/wife macam tu lah nampaknye...

buat suami tercinta, thanks for everything. i’ve learned & discovered so many things dari penyatuan semula ini. terima kasih Tuhan kerana mempertemukan kami semula. Kau saja Yang Tahu betapa aku amat menghargai anugerahMu yang satu ini.

Comments

Popular Posts