tak pasal2 je ...

seseorang yang tak pernah aku terduga akan menghubungi aku di saat2 ini tiba2 telah menghubungi aku hari ini. aku mulanya memang terpempan dengan panggilan yang tak disangka2 itu. hanya ada beberapa saat untuk aku memilih sama ada mematikan talian atau teruskan mendengar apa yang ingin dikatakan.

kalau pilihan yang pertama, aku seolah2 memberi gambaran aku mengenepikannya secara total. itu mungkin akan membuatkannya lebih marah. kalau pilihan yang kedua, aku bagai mengizinkan dia merobek2 hati & perasaan aku. sama macam yang dah dilakukannya berkali2 sebelum ini dan aku akan bangkit melawan.

tiba2 aku rasa tak perlu lagi nak menolak dia. aku fikir tak ada makna untuk aku strike back macam dulu. aku fikir kali ini di kesempatan ini aku patut beri ruang untuk dia bercakap. biarlah dia hamburkan apa saja yang ingin dia keluarkan dari lubuk hatinya. biarlah dia berkata apa saja yang ingin dia katakan. aku tiba2 rela jadi pendengar.

saat tu aku cuma terfikir biarlah dia terus bercakap. biar segala rasa luka, kecewa, hampa dan apa-apa saja akan mengalir keluar dari hatinya sama deras dengan apa yang keluar dari mulutnya. aku dah tak kuasa nak membalas apa-apa. cukup lah dengan anggukan-anggukan aku yang memang tak kelihatan di mata dia.

saat dia menghempas gagang telefon tu tadi aku tau aku dah bantu seseorang merasa lebih tenang untuk hadapi hari2 mendatang. tapi pastu sempat lagi aku berfikir dia ni contact aku maknanya dia perlukan aku lagi kot...? ntahle...

Comments

azeel said…
aku menghargai setiap orang yang menghubungi aku. walaupun sekadar membawa kesulitan kepada diriku.
kerana aku pasti, aku masih lagi diingati, diperlukan, dipedulikan.
violet-purple said…
ok, azeel. life is like that. different people view things from different perspectives & will draw different reasonings which would later brings out different conclusions. cheers!

Popular Posts