aku masih TERSIKSA dengan FITNAH itu!!!!

aku bersyukur kepada tuhan kerana mengizinkan dua hati bertaut kembali sabtu lepas. terima kasih tuhan kerana makbulkan doaku, doanya dan doa si dia juga. aku memang gembira walaupun pertautan itu sebenarnya menambah guris luka di hati seseorang.

rentetan perdamaian mereka itulah maka aku tergerak untuk tulis semua yang aku tau tentang "FITNAH". FITNAH yang tersebar melalui kata-kata. FITNAH menuduh wanita suci curang kepada suaminya. aku tak nak tulis dari sudut undang-undang manusia. tapi dari sudut undang-undang Tuhan. semuanya menurut pengalaman pahitku dan apa yang aku temui dari ayat quran dan hadis yang aku perolehi dari sumber yang amat terbatas.

ya, masa ini aku sedang tercari-cari sesuatu untuk tenangkan jiwa. banyak pendapat dah kudengar. tak kurang juga nasihat yang aku terima. belum ada satu pun yang dapat merungkai apa yang tersimpul dalam fikiran aku.

mana ada orang yang suka dirinya menjadi bahan cerita orang sekeliling apatah lagi bila cerita itu tidak benar dan adalah fitnah semata-mata hingga mencemar maruah dirinya. lebih malang lagi bila yang mendengar cerita dan fitnah menceritakan pula dan memanjang-manjangkan lagi apa yang telah diceritakan kepada orang lain.

berapa banyak tragedi telah terjadi dalam hidup aku hanya kerana berita bohong yang disebarkan. cerita dusta yang berpindah dari satu lidah ke lidah yang lain tanpa disiasat dan direnungi. "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar". [An Nuur:23].

bersabarlah wahai yang teraniaya. "kebenaran akan memakan kebatilan laksana api memakan kayu api". hanya masa yang akan menentukannya. itulah saja yang mampu aku sebut berulang2 kali untuk meredakan tekanan yang adakalanya amat menghimpit perasaan.

mudahkah untuk aku maafkan saja orang-orang yang telah menginjak-injak maruah diri aku? senangnya orang lain menyarankan "it’s about time to forgive and forget" … "sedangkan nabi ampunkan umat" … "mungkin dengan memaafkan, hati bakal tenang kembali" ... dan sebagainya!

… easier said than done! ianya tak semudah itu. bukan kerana aku sombong, jauh sekali mementingkan diri. aku cuma mau katakan bahawa saat-saat begini FITNAH seumpama ini tidak harus direnung hanya dari satu sudut. semua yang terbabit harus bangkit untuk muhasabah diri. menghitung atas apa yang dah berlaku. termasuklah aku tentunya.


memang, sungguh tak tertanggung rasanya beban FITNAH. mana mungkin semudah itu orang yang teraniaya akan memaafkan mereka yang telah menganiayanya. secara jujurnya aku tau kamu juga akan mengerti mengapa orang yang teraniaya itu belum bersedia memaafkan sesiapa. apa pun alasan yang diberi aku tau kamu juga akan faham kenapa aku masih belum boleh maafkan siapa-siapa sekalipun. harga diri aku tidak dapat ditebus hanya dengan perkataan "MAAF" … "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita. Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" [Al-Hujurat:6]

... noktah.

Comments

Popular Posts