Ada org pandang sinis pada aku atas apa yg dah terjadi dalam hidup aku sebelum ni. Meragui kebenaran yg aku ceritakan. Ada yg anggap itu sume alasan2 aku semata2 utk aku memenangi semula si dia setelah apa yang aku usahakan dan aku kejarkan selama ni tak kedapatan. Mereka keji aku, panggil aku dgn mcm2 nama yang tak pernah aku terbayang akan ada makhluk Allah yang panggil aku dgn nama2 sebegitu, maki hamun parents aku - part ni aku betul2 sedih pasal masa tu abah baru je jalani rawatan sakit jantung selama seminggu kat hospital (syukur tak jadi apa2 kat abah aku). Sekarang ni aku pikir2 balik, nak wat pe aku tak pasal2 nak terus sedih. Skrg ni aku dah tak rasa kecik ati ke sakit ati ke bila org2 yg sama maupun org2 lain terus2an cakap aku mcm tu. Aku cuma kesian kat diorg. Kalau dapat lah kan, aku mintak sgt2 Allah suluh sikit cahaya dlm ati diorang biar diorang tak terus2an buta mata hati & perasaan.

Aku ni teramat2 biasa je orangnye. Tak de apa yg istimewa. Aku bukannya cantik menawan...jelita jauh sekali. Rasanye tak de org yg bila tengok aku akan menoleh utk kali ke-2. Aku tak pernah attempt untuk attract attention dari sapa2 pun. Aku jalani hidup dgn lurus selurus2nya. Tapi dalam aku berhati2 aku tak tau mcmn boleh ada org yg muncul ntah dari mana secara tiba2 boleh tergamak buat tindakan drastik & di luar batasan norma hidup hingga hancurkan kebahagiaan yang aku sdg kecapi. Sekelip mata menjadikan aku menjalani hidup umpama dalam mimpi...not in control of what's happening around me.

Seboleh mungkin aku tak nak ingat semua yg dah terjadi. Hanya menjadikan aku lemah & hopeless. Tapi i've decided to get up & go on with life. Aku ambil yang positif je dari apa yg dah berlaku. Dulu aku tak tau siapa musuh aku. Sekarang aku boleh kenal sapa kawan sapa lawan. Paling aku bangga, sekarang ni anytime aku boleh kata kat org2 yg menghina aku dan keluarga aku selama aku "tertidur"ni...."Hey, now you may start eating you own words!".

Masa baru2 aku tersedar dari "tertidur"aku jadi pemurung, keliru dgn kehidupan aku. Aku tak dapat terima hakikat that i've lost so many things in my life. Aku keliru & depressed memikirkan mana perginya suami yg aku cintai. Aku sampai sakit2 memikirkan aku telah kehilangannya. Aku tambah bingung bila melihat anak2 aku yg tak berdosa sekelip mata jadi mangsa keadaan. Setiap malam aku menangis memohon pada Allah agar pulihkan semangat aku & beri aku kekuatan. Mak abah serta adik2 aku turut sama menangis melihat keadaanku masa tu.

Aku luahkan kehampaan & kekusutan pd seorang teman. Nasihat2nya & kata2nya sedikit sebanyak menenangkan perasaan. Dia mengajak aku berfikir sejenak kebesaran Allah. Katanya setiap yang berlaku ada sebab. Jgn dipersoalkan, katanya, kerana Allah Lebih Mengetahui. Mungkin wajar ku kongsi sebahagian dari emelnya di sini.

"KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bhw mrk dibiarkan saja mengatakan "Kami tlh beriman," sdgkan mrk tidak diuji? Dan sesungguhnya kami tlh menguji org2 yg sebelum mrk, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." Al-Ankabut:2-3

KENAPA AKU TAK DPT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Blh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan blh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sdg kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorg itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." Al-Baqarah:286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-org yg beriman." Al-Imran:139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai org-org yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lbh drpd kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Al-Imran:200
"Dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn jln sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd org-org yang khusyuk"Al-Baqarah:45

APA YANG AKU DPT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah tlh membeli dr org2 mu'min, diri, harta mrk dgn memberikan syurga utk mrk. At-Taubah: 111"

Terima kasih, teman!

Comments

azeel said…
setiap ujian Allah, pasti ada ganjarannya. beruntunglah bagi hambaNya yang tabah menghadapinya.

setiap ujian Allah, terkandung hikmah di sebaik yang berlaku. beruntunglah bagi hambaNya yang mendapat pengajaran dari semua yang berlaku.

setiap ujian Allah harus diterima dengan kelapangan hati. beruntunglah bagi hambaNya yang akan beroleh tempat di sisiNya.
Anonymous said…
dear azeel, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana suamiku tak pernah berhenti mendoakan keselamatan & kesejahteraanku selama dalam tempoh "percubaan" itu.penyatuan semula kami adalah ganjaran yg sama2 kami nikmati hasil dari kesabaran & ketabahannnya.

lantas inilah hikmah yang terkandung di sebalik cubaan itu. kasih sayang yang semakin melimpah ruah & cinta yang semakin kukuh antara kami.

Popular Posts