aku nangis jugak akhirnya...ntah nape selepas sekian lama aku dapat tepis semua ingatan tentang kata-kata kesat dan hinaan yang dah dilemparkan pada aku...tiba-tiba pagi tu aku tak dapat nak terus buat yang sama...aku tak tau nape tiba2 pagi tu aku biarkan je setiap citer sedih tu diulangtayang dalam kotak fikiran aku...setiap patah kata-kata yang menghiris-hiris hati dan perasaan aku tu dimainkan semula...berulang-ulang macam ada record player yang rosak dalam kepala otak ni...pagi tu aku rasa aku dah penat nak halang fikiran aku dari tak nak ingati lagi semua tu...aku cuma nak nangis...terus nangis...nangis...dan terus nangis lagi...biar kering airmata pun tak apa...biar lah...orang-orang tu bukan peduli pun...aku betul-betul rasa jauh hati...terasa macam dah terperosok ke satu sudut yang paling hujung dalam dunia ni...aku nak terus nangis sampai aku boleh berhenti menangis...nape kata-kata sebegitu boleh dihamburkan pada aku...itu yang cuba aku fahamkan sampai sekarang...tak ke diorang lebih kenal aku siapa...kenapa cakap2 orang lebih diorang percaya? kenapa?...

Comments

Popular Posts