Avanza...rela dalam paksa...

Aku sayang betul kat keta Avanza aku. Sedih pun ada tapi tak leh nak buat apa bila sekarang ni nak tak nak aku terpaksa jual gak kat orang lain. Eh, bukan pasal aku tak bayar instalment tau! Sebenarnya masa dlm tempoh setahun aku di dlm "alpa", aku dah terbagi Avanza kat sorang mamat ni yang beriya2 pujuk aku jual Avanza kat dia. Dia kata nanti dia akan uruskan bab jual beli ngan bank. Masa tu aku pikir nak buat apa aku maintain 2 keta dlm satu masa. Kurang2 kalau dia amek, boleh gak instalment Avanza tu aku buat savings. So, aku pun serah Avanza kat dia pada Jun 2007.

(Dlm masa yang sama, keluarga aku baru je start bawak aku jalani rawatan secara batin sebab beberapa tindakan aku semasa dlm "alpa" membuktikan aku dah terkena sihir. Masa tu aku dah mula sikit demi sikit gain consciousness dari "alpa" tu. Aku difahamkan "alpa" tu berpunca dari sihir yang, rupa2nya, mamat ni dah kenakan atas aku.)

Aku dpt tau mamat ni komain brag kat downlines biz MLM dia yg kononnya Avanza tu dia dpt pasal pangkat dia dlm biz MLM. Lps tu, agaknya pasal dia confident sihir dia masih bermaharajalela dlm badan aku, dia suruh aku bayar dulu instalment bulan June & July. Dia janji akan reimburse aku secara bank in dlm akaun aku later. Aku bagitau dia aku tak cukup duit nak bayar (thank you God! Nasib baik pendirian aku tegas!). Aku direct cakap kat dia uruskan beli Avanza tu secepat mungkin. Dia terkejut & mula bagi macam2 alasan. Siap kata bukan ke aku syg kat dia so aku please lah consider utk bagi dia sambung bayar je instalment kat bank!!. Hantu betul ... memang sah mamat ni nak buat taik ngan aku. Awal Ogos aku suruh dia uruskan jual beli tu sampai selesai atau pulangkan je Avanza tu (of course le dia tak mau pulangkan...sakit betul rasa ati..) Aku kata aku tak nak ada apa2 dealing lagi ngan dia lepas selesai urusan keta tu. Aku suruh dia concentrate je kat isteri dia dgn anak2 dia yang 4 orang kat rumah tu!!

Bila dia tengok aku serius & dah tak layan sangat dia, baru le dia scout around utk apply loan. Tengok2 dia buat urusan loan utk beli Avanza tu ngan bank kat negeri lain! Tuhan aje yang tau mcmn susahnya aku nak berurusan ngan dia. Bila aku nampak dia ni banyak cari pasal ngan aku dgn menyusahkan beberapa urusan yang begitu basic, aku terus buat aduan kat polis. Aku rasa perlu untuk cover diri aku in case apa2 hal jadi kat Avanza dari tarikh aku serah sampai tarikh transfer nama.

Sekarang ni urusan tu dah almost done. Aku doa semoga Tuhan akan permudahkan urusan ni sampai selesai. Aku tak nak ada apa2 urusan lagi dgn dia. Semalam mamat ni boleh suruh adik aku sampaikan kat aku pesanan yang dia takkan duduk diam & akan terus cari jalan untuk buat aku kecewa sepertimana aku dah kecewakan dia .... astaghfirullahal'azim ... apa hukuman nak bagi manusia yang macam ni?

Aku sekadar berkongsi pengalaman dgn teman2 di luar sana. Berhati2 bila berurusan dgn sesiapa saja. Manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain2.

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Menjalankan Ibadah!!

Comments

Popular Posts