macamana aku kena naya...

at first he came to me atas tiket kawan lama yang dah umpteen years tak jumpa. si lurus bendul ni terima je kunjungan dia tanpa apa2 syak wasangka. dia kata dapat no. hp aku daripada auntie aku. tujuan dia contact aku pasal nak ajak join biz MLM (multi level marketing). aku kata aku tak interested. even aku joined satu biz MLM jual barang kemas, functional food & water filter sebelum ni pun pasal kesian kat kawan yang hampir setengah hari tak jemu2 sembang pasal biz MLM tu kat aku. ingat lagi bila hubby aku dapat tau aku join pasal kesian kat kawan, dia terus geleng kepala. "Nape le susah sangat nak kata 'tak nak' kat member awak tu." keluh dia.

coming back to the earlier story, aku ingat aku dengan kawan lama ni abis kat situ je. end of the story. alih2 one day tu aku dapat satu parcel ni by post. eh eh...tengok2 kawan lama tu yang antar. bukak punya bukak aku tengok ada satu kotak 30 peket makanan tambahan dgn nota yang dia hadiahkan makanan tu untuk aku dan hubby. aku antar sms kata "thank you" sambil dalam ati mengeluh bila le agaknya aku akan makan benda tu. keliling kotak tu aku cari apa2 cop kelulusan kementerian kesihatan ke apa ke...takde pun. takut gak nak try. then suddenly aku noticed yang kotak tu tak de seal. berdebar gak apasal agaknya dia bagi produk yang dah bukak. tapi bila pikirkan dia dah susah payah pos kat aku, aku just dismissed any bad thought about it.

esoknya dia tanya whether i've tried the product? aku kata "lom. tak sempat." suara dia terus berubah. dia kata aku ngan hubby should try it & experience the difference after consuming it. aku kata "ye lah. ye lah". pastu tiap2 hari dia call tanya "dah ke lom". jawapan aku tetap sama. masuk hari ketiga aku tiba2 rasa tak sedap ati. ntah nape dia dah start citer problem rumahtangga dia kat aku. aku mula rasa tak selesa. apa kena dengan mamat ni? sejak tu tiap2 hari dia call desak aku ngan hubby try produk tu. dekat 2 minggu selepas tu baru aku try. tu pun pasal aku dah mula lemas dgn panggilan2 dia & citer2 hal rumahtangga dia yg pada aku dia tak patut citer kat aku. aku bancuh satu mug untuk aku & satu lagi untuk hubby. aku kata kat hubby "beriya betul dia nak kita try. agaknye org2 yg biz MLM memang macam tu kot". huh, sekarang ni bila aku pikir2 balik kalau aku tau detik aku & hubby consumed benda Allah tu jadi titik permulaan awan mendung hitam gelap melitupi alam rumahtangga kami, sumpah aku akan buang, bakar & hanyutkan ke laut je benda haram jadah tu...tak hingin aku nak try apalagi bagi hubby aku makan.

produk tu tak de apa silapnya. iklan nye pun gah kat dalam sekabau ngan tv. yg buat berhantu nye produk tu bila kawan lama ni (gelar dia "satan" lagi proper kot) dah jadikan ia makanan dicemari dengan sihir bertujuan untuk porak perandakan rumahtangga orang lain. aku pun tak tau apa tujuan satan ni nakkan aku & hubby saling benci membenci sampai cerai-berai. padahal aku ni takde apa yang special pun.

dipendekkan cerita,
family aku yang hanya dapat tau aku disihir selepas aku dah pun bercerai dengan hubby, terus tak tangguh2 lagi pergi mencari orang berpengalaman untuk bantu sembuhkan aku. bila dah jumpa, satu lagi masalah diorang kena tempuh. camna nak pujuk aku gi berubat sebab masa tu aku mati2 tak mau gi sebab aku memang tak rasa aku ni sakit. last2 diorang berjaya "tipu" aku & bawak aku gi berubat (bila dah tiba part ni aku nak ucap tima kasih tak terhingga kat adik aku dgn hubby dia yang usaha mati2an untuk akak diorang ni...akak terhutang budi kat korang berdua..tuhan saja akan membalas budi korang)...

alamak lunch hour dah abis...nanti aku sambung citer...

Comments

Popular Posts