while you were sleeping

agaknya reaksi apa dan yang bagaimana harus diberi dan ditunjukkan bila setiap kali orang yang kamu sayangi bercerita tentang insan-insan yang pernah melewati hati sepi mereka.

cuba berlagak biasa? seboleh mungkin meletakkan diri di tempatnya, penuh taat mendengar dan menghayati setiap patah kata yang tersusun menjadi cerita? bolehkah dilakukan? bolehkah bertahan lama begitu tanpa airmata bergenang di kelopak mata dan akhirnya perlahan2 lerai dan jatuh membasahi pipi?

agaknya reaksi apa dan yang bagaimana harus diberi dan ditunjukkan bila terlihat dari sinar matanya yang bercahaya dan bibirnya yang tidak putus2 menguntum senyum setiap kali dia asyik bercerita tentang insan-insan tersebut.

bukankah itu bukti betapa dia amat mencintai, menyayangi dan menghargai mereka? tidakkah itu lansung membuat diri tiba2 rasa kerdil dan tak berharga? pernah tak kamu tanyakan apa perlunya dia ceritakan semua itu? pernah tak kamu terfikir jawabnya nanti dia sekadar mahu kamu tahu apa yang telah dia lalui selama kamu bukan kamu? ...kalau begitu, apa lagi termampu dilakukan. cuma tersenyum pahit dan terus mendengar lagi dan lagi dan lagi?....

adakalanya terfikir mahal sungguh harga sebuah "kehilangan" yang harus kita bayar. agaknya kita cuma perlu (atau kena) berdoa dan berdoa dan terus berdoa agar semua ini takkan menghantui kita seumur hidup.

Comments

Popular Posts