diduga lagi...

to cut a long story short, keluarga aku diberi ujian lagi oleh Allah pada raya haji kedua yang lepas. hubby aku tiba-tiba tak boleh bergerak. terlantar kat hospital 4 hari. walaupun dah conduct MRI (Magnetic Resonance Imaging - medical imaging untuk visualise struktur and fungsi badan) doktor yang bijak pandai tu tak boleh jugak nak kenal pasti apa sakitnya. to be on the safe side, doktor directed him to undergo physiotherapy and scheduled traction (set of mechanisms untuk relieve pressure pada his skeletal system). anak-anak aku pulak demam tak kebah2. aku sendiri hampir2 tidak boleh menggerakkan sebelah badan. masya Allah … bingung aku dengan dugaan Allah kali ni.

adik lelaki aku cuba dapatkan pandangan dari ustaz yang juga tuan gurunya. adik pompuan aku di masa yang sama turut dapatkan pandangan dari seorang lagi ustaz yang juga pengamal perubatan tradisional. hmm … 2 pandangan yang memberikan kesimpulan yang sama! (Allahua’lam) ada seekor homo sapiens jijik dan terkutuk telah mengenakan sihir pada keluarga aku. astaghfirullahhal’azim … wahai umat yang mengaku dirinya umat Muhammad, apa lah yang dah kau buat kali ni! ei, dah tak de keje lain ke asyik nak mengganggu ketenteraman rumahtangga orang? aku dah tak tau nak cakap apa lagi dah … henti hentikan le keje tak bermanfaat ni. kreativiti kau tu patutnya kau salurkan untuk keje-keje yang lebih berfaedah untuk manusia lain di sekeliling kau.
aku tak nafikan memang ada manusia-manusia yang tertekan jiwanya kat luar sana yang menyimpan angan agar perkahwinan aku gagal lagi. ada jugak yang memasang doa supaya aku bercerai berai semula. tak kurang juga yang bersumpah sampai berdendam-dendam hingga mencabar nak tengok sejauh mana aku dan hubby boleh bertahan. istighfar panjang aku bila hubby aku bagitau hal tu … manusia, manusia! sampai macam tu sekali harapannya … manusia yang menganiaya sesama manusia … apa nak dilabelkan mereka yang sebegini?

sesungguhnya hanya Allah tempat aku berkongsi perasaan. tak siapa yang tahu apa sebenarnya tersirat dalam lubuk hati aku. tak siapa boleh memahaminya. setiap insan kan memang lumrahnya begitu. hanya Allah tempat merintih dan mengadu kerana Dia Maha Memahami dan Maha Mengetahui. buat masa ni aku cuma nak doa yang ni je. ni je satu - ya Allah, ya Allah, ya Allah … apa saja yang ku doa, ku mohon, ku rayu dariMu setiap masa akan pembalasanMu terhadap manusia-manusia penghancur rumahtangga orang ini, Kau kabulkanlah ya Allah!!! Amiiin…

Comments

Popular Posts