Ofis Trip Part II

2003 - ofis trip 3 hari 2 malam ke Pulau Bali. incident bombing tengah heboh lagi. kengkawan yang tau aku nak gi sure pesan “make sure you come back in one piece!” elehhh, jealous le tu. from KLIA, transit di Jakarta International Airport then ambil flight terus ke Ngurah Rai International Airport. kali ni stay kat Inna Grand Bali Beach Hotel. 20 minutes je dari airport. Bali memang eksotik. pantainya cantik. orang-orangnya pun manis. big island with much to see!

agama rasminya Hindu. aku perhatikan orang-orangnya kuat beragama. patung-patung lambang kepercayaan diorang ada hampir di setiap tempat. kat sana sini boleh nampak bekas-bekas kecil yang diperbuat dari anyaman daun kelapa mengandungi bunga-bungaan (kalau tak silap aku). ikut kata Komang, ‘U’ student yang jadi tourist guide kitorang, itu adalah offering bagi memohon keselamatan. dia selalu pesan jangan make fun of it dan patung-patung di sana. buruk padahnya!

ada satu malam tu tengah syok tidor alih-alih terasa macam dok dalam buaian. hampir jatuh dari katil. room mate terpisat-pisat gesek mata. dia dah terjatuh dulu rupanya. jangan-jangan dia dah terlanggar pantang siang tadi. tu pasal agaknya kena kacau. tapi dek kerana keletihan, kami tak cakap apa and terus sambung tidur. lepas solat subuh on tv. rupa-rupanya ada minor earthquake pada skala 2 point something richter malam tadi. tapi penangannya hebat jugak sebab banyak rumah di Bali yang musnah. tak leh jadik ni, bisik aku. terus pegi ke lobby hotel dan send emel kat buahati di tanahair just to let him know that I’m ok.

pemandangan di Bali memang mempesonakan. sepanjang perjalanan ke Kintamani, menuju ke Gunung Berapi Batur, dapat tengok sawah padi teres bertingkat-tingkat. dapat gak tengok sendiri seni bina indah-indah rumah di sana yang selama ini hanya ditatap dalam majalah. tapi dalam kelekaan tu tiba-tiba ada pulak pemandangan aneh yang membuatkan team members aku ketawa terjerit-jerit sesama mereka di dalam bas. ada satu kampung tu, di sana sini, lelaki dan pompuannya … tua and muda… mandi telanjang bulat dalam kolam-kolam kecil kat tepi-tepi rumah diorang!!! hehehe…

sempat gak gi Kuil Bumi Di Dalam Laut sebelum bershopping bagai nak mabuk kat Tanah Lot. masa tu the tide was low jadi dapatlah berjalan masuk ke dalam Kuil tu yang dibina atas batu besar. pemandangan pantai masa tu teramatlah indah. batu karang, pepasir halus di pantai dan laut di sekitar Kuil tu buatkan roma meremang. senyap sunyi alam sekeliling. kata orang-orang kat situ, Kuil tu lebih indah di saat air pasang. ia bagai terapung-apung atas laut. mengasyikkan!

time makan memang tak susah. kali ni dah buat arrangement dengan agen supaya semua tempat makan mesti yang halal je. tempat makan paling best dah tentu di Rumah Makan Wong Solo. high class baik masakan maupun layanannya. aku merasa makan bersila dalam teratak-teratak kecil yang dibina sekeliling kolam. tapi pasal bilangan kami ramai – lebih 60 orang – mana-mana yang tak dapat makan bersila kena le makan kat meja dalam restoran. specialty nye dah tentu lah ayam bakar … tak boleh dilupakan.

ada gak pegi kilang kecil membuat barangan perhiasan emas untuk wanita. memang susah nak buat pilihan. semua cantik-cantik. aku beli 2 utas rantai tangan dan 2 bentuk cincin untuk 2 anak dara kecik aku kat umah. untuk mak dan adik-adik pompuan aku, gelang tangan sorang satu jadik lah. tu pun dah cukup menggigilkan tangan masa sign slip kad kredit.

tempat-tempat lain kami lawati tu kebanyakannya art galleries. ada 3 tempat kalau tak silap. ok lah jugak. tapi kalau dah namanya lawyers, bila dibawak ke tempat-tempat art ni memang ada kureng sikit kot. team members aku tak de sorang pun beli painting. ramai beli frame kayu je. termasuk le yours truly. pastu ada gi kilang proses biji kopi. ada macam-macam jenis kopi. semuanya untuk eksport. pacakging punya le hebat. tak padan ngan kilang nye yang cute. beberapa teko kopi camacam perisa disediakan untuk sampling. walaupun aroma kopinya amat mengancam, aku tak berani try. bimbang kena migraine.

hubbyku yang minat teramat-amat kat lagu-lagu Indon sempat selit kat dalam knapsack list CD untuk kubeli di Bali. kegemaran dia no. 1 dah tentu le Dewa 19 dan Kahitna. teringat masa bertunang, masa dia hantar aku balik kampus lepas makan malam, dia hadiahkan aku rakaman lagu-lagu Indon antaranya dendangan Kahitna, Ruth Sahanaya, Harvey Malaiholo dan Tito Soemarsono. tu le first time aku dengar nama-nama tu. anyway, coming back to my story … punya la susah nak cari kedai CD kat Bali. bila dah jumpa kedai lak (most of it kat Kuta), takde satu pun CD tu ada jual kat situ. diorang lak offer kat aku CD Siti Nurhaliza. memang kat memana je lah ada CD Siti kat sana. sudahnya, jangankan tidak, aku belikan hubby the latest CD by Audy ( aku yang minat sebenarnya ) masa transit kat Jakarta Airport.

setakat ni memang Bali lah destinasi yang paling tak dapat aku lupakan. gambar-gambarnya nantilah aku gali balik kat stor and mintak hubby aku tolong tepek kat sini kemudian.

2005 – destinasi seterusnya ke Club Med Cherating. tapi i missed this one sebab clash ngan kes yang aku kena handle hari ahad kat Alor Setar. ralat lah jugak. sebelum ni (masa masih bermastautin di Kuantan) aku, hubby and geng dia from KL pernah sampai kat depan pintu pagar Club Med tu. ingat nak lunch kat situ. tapi tengok-tengok tak leh masuk pasal non-member.

anyway, Macau/Hong Kong … here I come!!! this time kira macam peluang honeymoon lagi sekali ngan hubby. fully subsidised lak tu. aku mesti mesti mesti masuk Hong Kong Disneyland and rasai keseronokannya … yeaaaaaa!

Comments

Popular Posts