ofis tengah organise trip ke Macau/Hong Kong. biasalah kalau semua dah Cha Ya Nun Alif, ke mana lagi destinasi yang diorang nak pegi kalau tak ke tempat yang ramai sedara mara diorang. sejak aku join firm ni merasa lah jugak aku gi 3 tempat percutian yang tak de nye aku sesaja nak gi kalau bukan ditaja sepenuhnya oleh orang lain.

1999 - first trip aku dengan ofis ni ke Haadyai utk 4 hari 3 malam. dok kat Lee Gardens Plaza Hotel. masa tu tempat-tempat yang dilawati kebanyakannya kuil-kuil yang famous di sana. seriau nak kuar dari bas pelancong sebab anjing-anjing berkeliaran kat sekitar kebanyakan kuil yang disinggahi tu. aku ada gak turun bas jap untuk amek gambar depan patung sami yang baring mengiring tu. punya lah besar patung tu….fuhhh! ada satu lagi kuil tu memang betul-betul cantik. aku tak ingat apa ke namanya. patung dewinya memang breathtakingly awesome. hebat sungguh. ada lagi satu kuil yang cantik jugak yang terletak kat dalam gua. lampu warna warni yang terpasang di sepanjang laluan pendakian memang menimbulkan ketenangan pada mata yang memandang. pastu kat bawah gua tu ada satu telaga. dengar citer air telaga tu suci. so semua orang gi test air tu (aku tak der le).

aku ngan hubby je Mim Lam Alif Ya Wau dalam trip tu. so, time makan selalu jadi masa yang merumitkan. berbanding ngan team members yang tempat makan memang dah tersedia kat restoran-restoran ‘non-halal’ yang besar-besar, kami berdua ni asal time makan je, kena le tourist guide bawak round cari kedai makan Muslim. duit makan memang ofis bagi. RM150 untuk setiap kali makan. makan apa lagi kalau bukan tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin, daging masak merah dan padprik ayam. ikan sweet sour ada gak hubby aku order. tapi pasal aku tak makan ikan, aku pun tak ingat apa ke nama ikan tu. punya besar ikan tu, melintang dalam pinggan. murah je. aku bukan kaki shopping, so tak de apa nak komen pasal tempat-tempat shopping kat sana. barang-barang pun lebihkurang kat sini gak.

balik je Malaysia, terkejut tengok news yang Haadyai tiba-tiba dilanda bah besar hingga terputus bekalan air bersih dan letrik. aku bersyukur aku dan team members terselamat dari tragedi tu.

2001 - trip ke Kuching untuk 4 hari 3 malam. ingat lagi masa tu bulan Ramadhan. mula-mula malas nak join. lagik pulak hubby tak dapat ikut, kena keje. tapi bila aku pikir-pikir aku cuma perlu sediakan badan ngan kain baju je, akhirnya aku ikut terbang ke Bumi Kenyalang tu.

aku join setiap aktiviti yang disediakan. panjat gunung, melawat perkampungan sarawak, tengok persembahan kesenian (siap belajar menari tarian kebudayaan lagi), tengok penyediaan dan pembuatan kuih2 tradisional Sarawak, tempat proses sarang burung dan macam-macam lagi. masa lawatan kat kilang buat pasu, big boss aku try le buat pasu guna alatan yang disediakan. semua orang ketawa macam nak pecah perut dengan hasilnya. mana-mana staff aku yang anak-anak dara tu terus lari dari situ. aku segan nak cakap apa ke rupanya pasu yang boss aku buat tu. tapi kalau sesapa yang pernah tengok citer lakunan Patrick Swayze & Whoopi Goldberg satu ketika dulu (aku lupa tajuknya) yang ada lagu “Unchained Melody” tu, korang perasan tak ada satu adegan romantik Patrick Swayze ngan gopfren dia buat pasu guna tanah liat … hah, itu le ghupe pasunye…hehehe…

puasa tetap puasa. actually tak de le penat mana pun jenjalan dalam bulan pose masa tu. sementara diorang enjoy diorang nye lunch aku cari le mana-mana masjid/surau yang berdekatan. lepas solat jamak qasar aku akan lelap jap. makan malam dah tentunya kat restoran seafood yang tak jauh dari Crowne Plaza Riverside Kuching, hotel tempat kami menginap. lepas makan aku menyusur sepanjang Kuching Waterfront. tengok gelagat orang ramai. aku ada gak pegi pasar malam kat Satok. bestnye belanja kat situ. macam-macam benda ada. semua souvenir untuk kawan-kawan and sedara mara aku beli kat situ. t-shirt, tikar kecik, hiasan dinding, perencah laksa sarawak dan macam2 lagi – sampai kena beli beg besar lagi satu!!

Next round aku nak abadikan trip paling best seumur hidup aku – Bali Island.

Comments

azeel said…
dear ,

takkan cerita je, gambar tak nak bubuh ke?
Anonymous said…
azeel,

nanti lah nak mintak ihsan cik abang tolong bubuh kemudian...:-)

Popular Posts