kebesaran Tuhan

malam tadi semasa lalu kat depan ruang tamu, aku terhenti sekejap di depan tv. sebuah sinetron tempatan sedang menayangkan lakonan seorang aktress wanita yang sedang tersandar di kusyen belakang keretanya sambil memutar semula perbualan yang berlaku antara beliau dan doktornya. Perbualan tersebut kurang lebih macam kat bawah ni lah: -

i nak pergi bercuti ke tempat yang jauh yang boleh memberikan ketenangan dalam jiwa i.
baiklah. tapi u perlu pergi ke tempat yang benar-benar boleh memberikan ketenangan buat diri u. adakah dengan melihat pokok-pokok yang menghijau memberikan ketenangan pada u?
ya, doktor.

adakah dengan berada dalam suasana redup seakan mahu hujan dan keadaan alam yang sunyi ketika itu memberikan ketenangan pada u?
ya.

baiklah. sekarang i nak tanya u, siapa yang menjadikan pokok-pokok yang menghijau itu?
Tuhan?

Siapakah yang menciptakan suasana yang memberikan ketenangan itu?
(Dia teragak-agak lalu mula menangis sebelum menjawab) … Tuhan…?

Jadi siapa yang memberikan ketenangan itu? Siapa yang lebih u perlukan sebenarnya?
(Tangisannya makin sayu) … Tuhan!”

entah kenapa dialog itu meresap ke ruang yang paling dalam di jiwa aku. buat aku berfikir panjang sebelum melelapkan mata malam tadi. teringat balik semula perasaan-perasaan negatif yang aku alami semalam. terasa teruknya diri aku. menyesal aku merajuk dengan Tuhan semata-mata kerana aku rasa aku masih lum dapat-dapat lagi apa yang aku betul-betul nak. semuanya pasal kecewa dengan kejadian semalam tu. rapuhnya pegangan aku. malu sungguh dengan Tuhan. sekian banyak nikmat yang dah diberi pada aku, hanya dek kerana masalah sekecil kuman tu aku boleh merajuk dengan Nya sampai macam tu sekali. terus aku berwuduk, dan dalam kesunyian malam tu aku memohon agar Tuhan terima aku kembali di dalam pelukan rahmat Nya. Ampunkan aku, Tuhan …!

Comments

Popular Posts